1. sebuah radio melaporkan bahawa SPR akan memperkenalkan method baru melalui parti-parti politik untuk mendaftarkan para pengundi muda yang belum berdaftar dan jumlahnya amatlah ramai.
2. laporan itu juga menyebut kadar pendaftaran pemilih bagi bukan melayu adalah tinggi berbanding pemilih melayu selepas pilihanraya 2008.
3. pelbagai telahan boleh dibuat namun perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah "anak melayu sudah muak dengan politik melayu".
4.bukan saya bermaksud anak muda melayu tidak patriotik atau tidak menyayangi bangsa dan negaranya namun saya berpendapat anak muda melayu sudah tidak berminat dengan cara pemimpin melayu berpolitik yang kelihatannya hanya menguntungkan sekelompok pihak tertentu.
5.pertelagahan antara pemimpin melayu secara terbuka juga membuatkan anak melayu menjadi keliru dan sangsi tentang keutamaan para pemimpin melayu. sikap berpolitik secara berlebihan tanpa tanda-tanda sanggup berkompromi dalam isu-isu kepentingan bersama melayu membuatkan kepercayaan generasi muda semakin terhakis.
6. selain itu, keakraban dan kesediaan para pemmpin bukan melayu dari pelbagai latar politik berbeza yang lantang secara bersama dalam memperjuangkan nasib mereka membuatkan anak melayu memikirkan pemimpin kita telah lalai dan leka dalam membela mereka dan faktor kesatuan pemimpin bukan melayu ini jugalah barangkali menjadi kunci kepada peningkatan pendaftaran pemilih baru bukan melayu.
7. tahun 2008 menyaksikan kebangkitan suatu mentaliti baru di kalangan rakyat malaysia yang menunjukkan terdapat keterbukaan dan peluang baru untuk bukan melayu. atas dasar ini beberapa rencana baru bukan melayu kelihatan mula terbentuk maka berlumba-lumbalah pemimpin bukan melayu ingin menjadi jaguh.
8. segelintir pemimpin bukan melayu juga ingin menangguk momentum kesedaran bukan melayu sehingga mengorbankan beberapa dogma pemikiran melayu yang selama ini teguh dipertahankan.
9. natijahnya semua pemimpin melayu menjadi bimbang dan ingin memenangi sokongan bukan melayu lantas mencantas kepentingan melayu. rentetan itu jugalah mula kedengaran gesaan supaya agenda melayu diberi perhatian. maka bermulalah pula era pemimpin melayu ingin menunjukkan mereka adalah jaguh melayu sedangkan tiada pemimpin bukan melayu yang bersama melaungkan hak dan kepentingan melayu.
10. apa akhirnya episod survival melayu?
* ini adalah pandangan peribadi dan saya tidak mewakili mana-mana orang lain kecuali diri saya yang dangkal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment